Kadangkalanya manusia akan diuji oleh Allah s.w.t dengan kesusahan yang berlimpah-limpah. Salah satunya adalah kemiskinan dan kesusahan dalam kehidupan seharian.

Namun manusia sering lalai akan tanggungjawab kepada tuntutan agamanya, maka Allah s.w.t turunkan ujian kepada manusia untuk mengingatkan mereka kepada pencipta-Nya. Oleh itu, lihatlah pada diri kita sendiri, adakah amalan kita kepada-Nya sempurna?

Di bawah ini adalah amalan-amalan untuk dipermurahkan rezeki :

1.   1. Sentiasa beristighfar




Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,
Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12).

2. Mentaati perintah Allah dan menghindari dosa


 Mentaati perintah Allah s.w.t dengan menunaikan solat fardhu 5 waktu dan sebaiknya adalah secara berjemaah.

Selain itu, hindarilah dosa-dosa yang lalu seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan).

3. Banyakkan bersedekah dan membantu orang lain

Amalan bersedekah haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 
Harta bagi mereka yang bersedekah tidak berkurangan malah semakin bertambah. Ini adalah satu keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

4. Mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan

Bagi peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan, mengeratkan silaturrahim adalah penting kerana semakin luas 'networking' antara peniaga, maka semakin luaslah peluang perniagaan yang dapat diwujudkan.

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari).


5. Solat Dhuha

Antara kelebihan dan fadhilat Solat Dhuha adalah sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW :

"Solat dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan".

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah telah bersabda'

"Barang siapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni dosanya walaupun seperti buih di lautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Gambar hiasan

6. Sentiasa bersyukur

Bersyukur  adalah satu amalan menghargai dan menghormati pemberian Allah kepada kepada kita semua biarpun ia sedikit atau banyak.


Namun amalan bersyukur ketika mendapat rezeki bukanlah mudah kerana kita hanya akan lebih mengingati Allah ketika dalam kesusahan.

Ucapan Alhamdulillah setiap kali mendapat kurnia dari Allah akan mengingatkan kita betapa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha penyanyang.

Selain itu, kita haruslah sentiasa mengucapkan "terima kasih" apabila mendapat kebaikan daripada orang lain kerana  kita rasa bersyukur ke atas hal yang baik.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7).


7. Sentiasa Berdoa kepada Allah


Orang Mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah dan berserah diri kepada-Nya.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah adalah mereka yang bongkak. Doa memberikan kita pahala dan kebaikan, namun tiada mudarat jika meninggalkannya kerana kengganan melakukan doa boleh diertikan sebagai satu bentuk penolakan manusia akan hakikat yang menusia bergantung kepada Allah SWT.

8. Bertawakkal kepada Allah



Bertawakal setelah melaksanakan ikhtiar kepada Allah SWT adalah sesuatu yang disukai oleh Allah SWT dan akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang sabar berkecukupan dalam apa- apa keadaan pun.

Setelah kita penat  berusaha, kita menyerahhkan segalanya kepada Allah.
Semoga segala amalan ini dapat diamalkan dan dikongsi bersama.
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Akak Limah.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top