Dalam
kajian agama yang dibawa Nabi Muhammad SAW, setiap umat manusia diperintahkan
agar menjaga kesihatan. Disebalik setiap larangan Allah SWT, ia sebenarnya
kasih sayang-Nya untuk melarang manusia daripada menyakiti tubuhnya sendiri dan
bertujuan menjaga diri dan kesihatan.
Namun
manusia kerap mengabaikan larangan-Nya dan membiasakan diri dengan hal-hal
buruk. Kebiasaan ini akan menimbulkan penyakit hati, membawa penyakit fizikal
dan ancaman neraka.
3
perbuatan yang sering membawa penyakit termasuk penyakit hati :
1.
Terlalu banyak bicara atau bercakap
Ungkapan ‘lidah
tidak bertulang lebih tajam daripada pedang’ adalah benar. Terlalu banyak
pemusuhan dan peperangan terjadi kerana ucapan yang dikeluarkan oleh lidah dan
lisan. Oleh itu, banyak berbicara akan memberi kesan negative dan besar
pengaruhnya.
Dari Abu Hurairah Rådhiyallåhu ‘anhu berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” [HR. Al-Bukhari dalam al-Adab hadits (6018) dan Muslim hadits (47).]

Nabi Muhammad
SAW sangat khuatir umatnya terkena bahaya lidah, dan baginda selalu
memperingatkan kita agar selalu menjaga hal itu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Tidak ada yang melemparkan manusia ke neraka
kecuali hasil yang dipetik dari lidah mereka.” [HR. Ibnu Majah dalam
al-Fitan hadits (3973).
Abu Hatim bin Hibban Rahimahullah berkata:
Abu Hatim bin Hibban Rahimahullah berkata:
“Diantara kesalahan paling besar yang dapat
merosak kesihatan jiwa dan merosakkan hati, adalah banyak bicara walaupun
perkataan tersebut boleh dibicarakan. Seseorang tidak akan mampu memiliki sifat
diam kecuali dengan meninggalkan perkataan yang boleh untuk dibicarakan.” [Raudhat al-‘Uqala’ wa nazhat al-Fudlala’, Ibnu
Hibban hal. 48].
2.
Banyak tidur
Banyak
tidur juga akan membawa penyakit. Rasulullah SAW juga mengajarkan umatnya agar
tidur mengikut keperluan dan tidak berlebih-lebihan.
Hal
ini ditegaskan Allah SWT QS Adz-Szariyat : 17-18 yang bermaksud:
“Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar.” (QS Adz-Szariyat : 17-18).
Ternyata hal ini sudah diuji dengan penelitian dari Profesor Jim Horne dari Sleep Research Centre di University of Loughborough. Ia mengatakan dalam kajiannya bahawa tidur lama akan menyebabkan masa hidup menjadi singkat. Kajian ini dilakukan terhadap 1 juta lebih orang dan terbukti bahawa orang yang lebih banyak tidur lebih cepat mati.

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).” (QS Al Muzzamil : 1-7).
3. Banyak makan
Banyak
makan juga mampu menyebabkan banyak penyakit. Manusia disarankan agar makan
tidak terlalu kenyang, hanya sekadar makan untuk menghilangkan lapar sahaja dan
tidak terlalu kenyang. Jika tidak mampu, maka makanlah sepertiga untuk makanan,
sepertiganya untuk minuman, dan sepertiganya untuk nafasnya.
Rasulullah SAW:
Rasulullah SAW:
”Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah
yang paling lama lapar di akhirat.”
(HR Al Bazzar).
Al Imam Ash Shon’ani Rahimahullahu berkata: ”Hadist ini menunjukan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan pelbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”
Dalam segi kesihatan, banyak makan mampu menimbulkan pelbagai jenis penyakit seperti kegemukan, kolesterol tinggi dan mudah lupa. Banyak kes menunjukkan ramai manusia yang telah kematian akibat pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya mengalami pelbagai jenis penyakit.

loading...

0 comments Blogger 0 Facebook
Post a Comment