Solat hajat merupakan salah satu solat sunnah yang dilakukan ketika seseorang memiliki hajat atau keinginan. Keinginan atau hajat itu terdiri daripada pelbagai niat untuk dihajatkan kepada Allah seperti ingin segera mendapatkan jodoh, dibebaskan daripada masalah, dimurahkan rezeki dan sebagainya. Namun bilakah masa yang mustajab untuk melakukan solat hajat, dan bilakah waktu larangan melakukannya?
Sebenarnya tidak ada panduan khusus bilakah waktu sesuai untuk melakukan solat hajat, namun ada waktu-waktu yang mustajab untuk melakukan solat hajat ini.
Ulama berpendapat bahawa adalah lebih baik melakukan solat hajat pada sepertiga malam terakhir iaitu sekitar jam 1.00 am sehingga waktu subuh pada jam 5.00 am. Hal ini kerana waktu ini adalah sangat mustajab untuk memanjatkan doa kerana waktu ini memiliki keutamaan tersendiri berbanding waktu-waktu lain. Oleh itu, adalah lebih baik melakukan solat hajat pada waktu ini.


Waktu-waktu yang dilarang melakukan solat hajat
Terdapat 3 waktu yang dilarang melakukan solat termasuk solat hajat iaitu:
1. Waktu Syuruq
- Matahari mulai terbit sehingga setinggi tombak dan ia biasanya berlangsung selama 15 minit.
2. Waktu Zhahirah
- Waktu ini matahari berada di tengah langit pada waktu tengah hari, di mana bayang kita tidak kelihatan kerana matahari berada tepat di atas kepala kita, ia berlangsung beberapa beberapa minit sebelum waktu Zuhur tiba.
3. Matahari mulai terbenam
- Waktu ini dilarang solat hajat iaitu mulai terbenam matahari sehingga terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung selama 15 minit sebelum waktu Maghrib tiba.


Cara melalukan solat hajat supaya mustajab dan terkabul

Dalam melakukan solat hajat, ia tidak cukup jika melakukannya sekali sahaja. Disunnahkan oleh para ulama agar melaksanakan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut.

Dalam setiap waktu solat hajat, kita dapat melakukan solat ini dalam 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat dan kelipatannya hingga 12 rakaat. Pelaksanaannya adalah dengan salam di setiap 2 rakaatnya. Maksudnya, selesai 2 rakaat dan memberi salam, bangkitlah kembali untuk membaca niat solat hajat ini, dan begitulah seterusnya.

loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Akak Limah.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top