Manusia dilahirkan dengan pelbagai perasaan dalam diri. Salah satunya ialah perasaan marah. Perasaan ini timbul oleh pelbagai faktor sama ada dari orang-orang terdekat, faktor kerja dan sebagainya.

Apabila marah, ada kebanyakan manusia yang tidak mampu mengawal perasaan, akibatnya mereka melakukan tindakan-tindakan luar jangka yang merugikan diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, tips-tips di bawah ini boleh di manfaatkan untuk mengendalikan kemarahan dan menahan kemarahan.

“Bahawa sesungguhnya jika seseorang di antara kalian sedang marah saat ia sedang berdiri, maka hendaklah di untuk duduk. Namun apabila perasaan marah yang ia rasakan tidak kunjung reda, maka hendaklah ia membaringkan dirinya”. HR.Ahmad.


1. Menahan marah dengan hati

Cara ini adalah dengan meyakini bahawa semua yang terjadi dalam hidup kita sudah ditentukan oleh Allah, ini membolehkan kita menerima perkara dengan redha hal yang menjadi kemarahan kita itu.

Meyakini bahawa perkara yang menjadi kemarahan itu ada hikmahnya. Allah SWT memberikan yang lebih baik kepada kita.

Selain itu, kita juga harus menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Kita juga haruslah selalu berdoa agar bersikap sabar dan redha apa yang berlaku. Dan yang terakhir adalah memaafkan orang yang telah menyakiti kita atau membuat kita marah dan berdoa kepada Allah SWT supaya orang tersebut menjadi lebih baik.


2. Menahan marah dengan lisan

Cara ini adalah menahan diri dari mengatakan hal-hal keji atau kotor yang menyakiti orang lain ketika marah. Dalam riwayat HR. Ahmad yang bermaksud, “Ajari, permudah, dan janganlah menyusahkan. Karena apabila satu dari antara kalian sedang marah, hendaklah ia dia.”

Selain itu berlindung lah kepada Allah SWT ketika kita merasa marah. Seperti yang tertera didalam HR. Ibu ‘Adi dalam Al-Kaamil yang bermaksud “‘A’uudzubillah” yang memiliki arti “aku berlindung kepada Allah SWT, maka niscaya akan reda amarahnya.”


3. Menahan diri dengan perbuatan

Hal ini dilakukan dengan cara menahan diri daripada melakukan hal-hal yang merugikan atau memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Ketika marah, kita boleh melakukan perbuatan seperti berwudhu dan mandi. Seperti dalam riwayat HR. Ahmad dan Abu Dauh  “Bahawa sesungguhnya marah itu adalah syaitan. Syaitan diciptakan dari api. Dan api itu mampu dipadamkan oleh air. Maka dari itu apabila kita sedang marah maka hendaklah kita berwudhu dan mandi.”

Kesimpulannya, marah itu harus dikendalikan segera kerana marah seringkali membawa pengakhiran yang merugikan diri sendiri dan orang lain. Marah itu jika tidak dirawat, kadang-kadang akan menyesatkan, kerana apabila seseorang telah marah, pasti orang itu sedang dikuasai oleh syaitan.

Marah juga menyebabkan orang mudah hilang pertimbangan dan mudah membuat keputusan yang merugikan.

In-sha-Allah, jika kita melakukan hal-hal di atas dengan sepenuh hati, nescaya kita mampu menghindarkan diri daripada kemarahan. Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Akak Limah.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top