Terlalu cinta akan dunia dan mengejar harta
dunia
Pada hari kiamat kelak, tidak ada yang akan kekal di atas dunia yang sementara ini. Jadi janganlah kita menjadi hamba dunia kerana Allah amat melarang perkara tersebut dan Allah telah menyebut tentang lalai dgn dunia ini berulang kali didalam al-Quran. Begitu juga Nabi muhammad saw yang amat menekan perkara ini dan telah menyebut dalam sebuah hadis tentang penyakit hati yakni penyakit wahn, iaitu terlalu cinta dunia dan takut akan kematian.
Allah Taala berfirman
dalam Al-Quran :
فَلَا تَغُرَّنَّكُمُالْحَيَاةُ الدُّنْيَا
“Maka
janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdaya kamu.”
( Luqman [31]: 33)
Dan Allah berfirman lagi didalam al-Quran:
Adapun orang yang melampaui batas. Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia. Maka, sesungguhnya neraka lah tempat tinggal(nya).”
(An’Naziat: 37-39)
(An’Naziat: 37-39)
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada binasa di akhirat,
“Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada binasa di akhirat,
dan barangsiapa mencintai akhirat nescaya beroleh keuntungan di dunia. Maka utamakanlah apa yang kekal, atas apa yang fana (lenyap binasa).”
(HR. Ahmad, Al Bazzar dan Ath-Thabrani)
(HR. Ahmad, Al Bazzar dan Ath-Thabrani)
Antara serigala dan dunia
Perumpamaan yang menarik. Benarlah percakapan Rasulullah saw itu dilhamkan oleh Allah. Sungguh mendalam kata-katanya.
” Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing
lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
Kesimpulannya, penyakit cintakan pangkat, harta dan kemegahan dunia adalah lebih merbahaya. Agama islam berada dalam keadaan lebih menakutkan daripada kambing yang berhadapan dengan serigala.
Manusia yang berpenyakit ini boleh melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Ya, manusia-manusia ini telah tersebar luas diseluruh dunia. Lihatlah dimana-mana pasti ada golongan ini. Sungguhnya manusia akan mudah tertarik pada apa yang dapat dilihat serta dirasai dan itulah nikmat dunia. Mungkin waktu ini kita boleh menuding jari pada manusia-manusia ini tapi ingatlah ujian kita untuk itu mungkin belum tiba.
Sucikanlah hati, binalah keikhlasan dalam setiap amal kita, majulah tahap demi tahap. Yakin dan berpegang teguhlah hanya pada Allah sahaja, tiada yang lain dari NYA sebagai “ilah” kita.
Marilah kita, selalulah perbaharui syahadah kita agar sentiasa sedar akan matlamat hidup kita dan merasakan Allah sentiasa melihat setiap amalan.

loading...
0 comments Blogger 0 Facebook
Post a Comment