Ramai orang beranggapan bahawa perempuan yang berbadan kecil atau petite itu umumnya lebih cenderung untuk bersalin secara C-Section menerusi pembedahan kerana keadaan saiz punggung yang kecil. Apakah fakta ini benar belaka?

Untuk pengetahuan semua, tuhan menjadikan manusia itu dengan kelebihan yang tersendiri. Fakta yang mengatakan mereka bertubuh genit itu sememangnya akan bersalin secara tidak normal iaitu bukan melalui faraj adalah kurang tepat.



Secara amnya, semua ini adalah bergantung pada kelebaran rangka tulang pelvik yang akan terjadi ketika sudah tiba masanya bayi tersebut mahu keluar. Saiz punggung sama sekali tidak akan menentukan sama ada anda akan dibedah atau bersalin secara normal kerana ada sahaja wanita yang berbadan kecil tapi masih mempunyai kekuatan untuk meneran dan melahirkan bayi secara normal. Doktor yang akan menentukan cara bersalin yang mana paling sesuai demi keselamatan serta kesihatan si ibu, juga bayi yang bakal dilahirkan.



Cesarean Birth” atau juga dipanggil sebagai c-section adalah pembedahan yang dilakukan ke atas ibu untuk mengeluarkan bayi. Pembedahan ini hanya akan dilakukan jika si ibu berisiko berdepan sebarang komplikasi semasa bersalin, demi menjamin keselamatan si ibu dan bayi. Kebiasaannya jika keadaan ibu dan perkembangan bayi dilihat positif, tiada masalah untuk si ibu bersalin normal.

Doktor akan melakukan C-Section apabila :


Masalah Ibu 

1. Terdapat masalah pada plasenta yang bisa menyebabkan pendarahan ketika proses meneran. (Plasenta atau uri adalah organ yang melindungi bayi dan menyalurkan nutrien kepada bayi sewaktu dalam kandungan). 
2. Si ibu menghidap masalah jangkitan seperti HIV, jangkitan kelamin seperti herpes atau penyakit lain seumpanya.
3. Si ibu bakal melahirkan lebih dari seorang bayi (bayi kembar).
4. Si ibu memiliki masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
5. Pernah bersalin menggunakan cara c-section sebelum ini.



Masalah Bayi

1. Saiz bayi terlalu besar yang melangkau kemampuan ibu untuk menerannya menerusi saluran faraj.
2. Kedudukan bayi songsang (kaki di bahagian bawah atau bahu yang menghadap ke bawah.).
3. Proses kelahiran yang mengambil masa terlalu lama sebagai contoh, bayi kembar lazimnya bisa mengambil masa sehingga 16 jam untuk diteran. Atau mungkin juga saluran peranakan si ibu terlalu sempit yang berisiko membuatkan bayi lemas jika masa terlalu lama diambil.
4. Keadaan jantung bayi yang lemah.
5. Kecacatan pada bayi yang mungkin akan menjadi kekal jika terus dipaksa keluar secara normal, seperti masalah penglihatan dan pendengaran.




loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Akak Limah.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top