Bahan-Bahan Resepi Koktail Buah:

* 2 tin susu cair
* 1 tin laici / longan
* 1 tin buah untuk koktail
* Nata de coco
* Sumi Jelly
* Sedikit bahan perasa (gula dan garam)


Cara-Cara Membuat Koktail Buah:
> Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah     asingkan dalam bekas lain).

Campuran susu cair, air longan dan air buah-buahan.


Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
> Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak    di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi          bersama sumi jelly.
Campuran buah-buahan yang sudah diasingkan airnya.

Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Hasilnya akan jadi seperti ini..

loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Akak Limah.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top